Tuesday, June 17, 2014

Ramadhan 2014

Lagi beberapa hari Ramadhan akan tiba lagi.
semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari y sebelumnya
semoga aku berkesempatan menempuhi Ramadan tahun ini.

amat berharap ibu aku tabah menjalani hari yang mendatang. 
semestinya kehilangan teman hidup yang telah lama berkongsi pahit manis...
sejak lebih 40 tahun...
Ramadhan dan Syawal tahun ini amaatlah berbeza.
pemergian suaminya pada tanggal 28.01.2014 amatlah dirasai.


bagiku..
pemergian ayahku hanya selepas 3 minggu selepas aku 
selamat dinikahkan pada tanggal 11.01.2014.
Ramadhan pertama sebagai isteri dia.
ramadhan pertama juga ketiadaan ayahku.
banyak y tak dpt aku lakukan bersama ayahku..

patut la Raya Tahun lepas Ayah ku beria mintak semua anak2 die balik beraya..
rupanya itu kali terakhir die akan meraikan Aidilfitri bersama kami..
semoga roh Ayoh tenang di sana..

 

apa2 pun...
selamat menjalani ibadah Puasa ya kawan kawan...
Ahlan Wasahlan ya Ramadhan....
 

No comments: